[6 FOTO] Comelnya Ardell Aryana Kini Berhijab Sepenuhnya, Perubahan Drastik Ini Dipuji Netizen..!

Siapa tidak kenal dengan artis Ardell Aryana yang sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi buruk. Pelakon nama sebenar, Nurul Hidayah ini merupakan seorang model sambilan sebelum menceburi bidang lakonan. Memang cantik orangnya.

Bertambah manis apabila baru-baru ini dia sudah mula memakai hijab. Ramai netizen memuji perubahan pelakon itu. Tak kurang juga ada yang bergetar tulang rusuk. Cantik tak?

Nurul Hidayah binti Mohd Amin (lahir pada 13 April 1990 di Kuala Selangor) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana merupakan seorang pengacara tv dan pelakon wanita Malaysia.  Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.

Penglibatan Ardell dalam bidang ini, bermula secara tidak sengaja. Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon.

Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studio Sdn Bhd milik Fadzil Zahari iaitu suami kepada aktres jelita, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu. Di samping itu, beliau juga telah berjinak – jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Al-Hadad pada tahun 2016.

Program arahan pengarah Nizam Zakaria itu sudah menemui penonton sejak 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD. 

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem bergenrekan seram iaitu CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.

Ardell bakal muncul dalam sebuah filem mengisahkan kehidupan pemain luncur air, bertajuk Surf This Love (STL). Pada tahun 2017, Ardell bakal muncul dalam drama bersiri bertajuk Cinta Hati Batu yang bakal bersiaran di TV3.

Jom tengok 6 gambar terkini beliau. Cantik dan ayu bukan..?

Makin manis

Semoga terus istiqamah

Netizen gugur iman

Macam bidadari

 

 

Facebook Comments