Anastasia Knyazeva, Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia!!!

Wah cantiknya! Inilah perkataan yang mula-mula keluar dari mulut MH ketika pertama kali melihat seorang kanak-kanak, Anastasia Knyazeva yang dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia.

Anastasia ini berasal daripada Rusia dan kini bersia enam tahun. Terpegun MH melihat kecantikan yang dimiliki oleh Anastasia ini.

Anak mata berwarna biru, rambut lurus yang tersisir rapi saling tak tumpah seperti patung barbie yang digilai oleh ramai kanak-kanak di luar sana.

Anak kecil ini sudah mempunyai lebih daripada 500,000 pengikut di Instagram dan itu sudah cukup untuk membuktikan betapa ramai yang terpesona dengan kacantikannya.

Dia juga merupakan seorang model kanak-kanak yang berjaya dan pernah membintangi beberapa kempen termasuk jenama Rusia Chobi Kids.

Terdahulu gelaran kanak-kanak tercantik di dunia ini telah diterima oleh Thylane Blondeau dan kini dia sudah berumur 16 tahun dan menjadi model termuda yang membintangi Vogue Perancis.

Jom MH nak tunjuk dengan korang gambar kanak-kanak tercantik di dunia. Pasti korang juga akan terpegun dengan kecantikannya.

 

 

 

Sumber: Dailymail.co.uk & Instagram Anastasia Knyazeva via media hiburan 

Facebook Comments

Loading…