Empat Pemuda Ini Buktikan Dunia ‘Gaming’ Ada Masa Depan & Boleh Dijadikan Karier.

    • Bagi penggemar e-games dan permainan FIFA Online, barangkali anda sudah pun familiar dengan nama Team Orange ESports Royal Flush yang cukup popular dikalangan gaming community di Malaysia.

      Tapi siapakah mereka?

      Team Orange ESports Royal Flush ini terdiri daripada 4 permain yang sangat handal iaitu:

      1. Hasan “Old” (Coach & Captain)
      2. Fridza “Access”
      3. Hakim “P3rlis”
      4. Imran “JohnMalaya”

      Pasukan ini diurus oleh Team Orange Esports sejak 2016 sehinggalah kini.

  • Atas dasar minat, keempat-empat mereka yang masih bekerja dan belajar menjadikan arena e-games ini sebagai bidang separuh masa mereka

    • Walaupun hanya sekadar part-time, mereka dikatakan mempunyai disiplin dan motivasi yang sangat tinggi. Malah, bidang e-games yang disertai mereka ini tidaklah semudah yang disangka.

      Tahukah anda Team Orange ESports Royal Flush menjalani latihan insentif selama berjam-jam? Rata-rata mereka akan berlatih selama 6 hingga 8 jam setiap hari semata-semata untuk menggilap kemahiran mereka.

      Jika tiada halangan, mereka akan berlatih selama 12 jam bagi mendapatkan prestasi yang terbaik. Ya, 12 jam!

    • Selain itu, mereka juga digalakkan untuk sentiasa mengadakan perlawanan persahabatan dan bertanding sesama sendiri. Strategi ini sangat berkesan supaya para pemain sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal, dan dapat bergerak lebih maju ke hadapan.

  • Tetapi, adakah mereka hanya main game, duduk terperap dalam rumah selama berjam-jam, dan langsung tidak keluar?

    • Mungkin sesetengah masyarakat mempunyai tanggapan sebegitu terhadap pemain e-games. Tetapi hakikat itu tidak benar sama sekali.

      Team Orange ESports Royal Flush menjalani senaman fizikal di luar seperti jogging, pergi ke gimnasium, dan lain-lain. Bersenam juga merupakan salah satu perkara yang penting bagi pemain untuk mereka lebih bersedia dan lebih fokus menjelang hari perlawanan.

  • Ternyata, usaha mereka selama ini membuahkan hasil dan tidak sia-sia

    • Team Orange ESports Royal Flush telah muncul juara dalam pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan sejak tiga tahun lalu.

      Antara pencapaian tertinggi mereka ialah:

      1. JUARA – W.O.NGold series Fifa online 3Championship
      2. JUARA – RedBull FIFA Online 3 Tournament MY Esports Championship
      3. JUARA – Kaki Bola Clash National Championship Season1 Finals
      4. JUARA – Fantasy Cup Road to Korea
      5. JUARA – Kejohanan Bintang Malaysia GarenaCyberGames2015
      6. JUARA – Liga Cyber Season 1
      7. JUARA – Orange Logitech Challenge
      8. JUARA – Orange Fo3 Go Bola
      9. JUARA – Orange Go! Bola Fifa Fans Gathering
  • Mereka bukan sekadar bertanding di peringkat kebangsaan. Dua pemain mereka, Old dan P3rlis juga pernah mengambil bahagian dan bersaing di peringkat antarabangsa.

    • Jika ditanya tentang perlawanan di peringkat antarabangsa, mereka pasti menginginkan yang terbaik untuk kumpulan ini termasuklah meraih tempat pertama dalam setiap perlawanan.

      Sebagai contoh, Old dan P3rlis pernah mengambil bahagian dalam Kejohanan SEA Invitational 2014 dan juga Piala Asia 2015 di Korea Selatan.

      Malangnya, kejayaan tidak berpihak kepada mereka dalam kedua-dua kejohanan tersebut. Namun begitu, platform tersebut dilihat sangat bagus untuk mereka menimba lebih ilmu dan pengalaman supaya mereka mampu pergi lebih jauh selepas ini.

  • Team Orange ESports Royal Flush sememangnya boleh dijadikan inspirasi buat peminat dan pemain e-games lain untuk pergi lebih jauh.

    Arena e-games di Malaysia juga nampaknya semakin berkembang pesat setiap tahun.

    • Tahukah anda, terdapat organisasi luar yang sanggup menaja pemain e-games dengan gaji bulanan untuk menjadi pemain mereka? Ini membuktikan bahawa arena e-games ini ternyata semakin mendapat perhatian di Malaysia dan boleh dijadikan bidang sepenuh masa.

      Bagi sesetengah pemain, mereka lihat bidang ini bukan sekadar bermain game tetapi lebih daripada itu. Perkara lain seperti event hostinggame casting, dan game coaching juga adalah peluang besar yang perlu mereka luaskan dan terokai lagi dalam bidang e-games di Malaysia.

  • Menarik bukan?

    Pasukan hebat ini mungkin akan menunjukkan taring mereka di festival GEGARIA bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM10,000!

    • Untuk pengetahuan anda semua, Pertandingan FIFA Online 3 akan menjadi salah satu perkara exciting yang bakal memeriahkan festival Gegaria nanti.

      Jangan lupa untuk block kalendar anda pada 13 Januari 2018 dan hadir  ke #GEGARIAbertempat di Setia City Convention Center, Shah Alam.

  • Anda tak free pada 13 Januari? Jangan risau.

    Gegaria juga bakal berlangsung di dua lokasi berbeza pada bulan Februari.

    • Nikmati keseronokan, aktiviti, dan makanan yang sama dari jam 8 pagi hingga 10 malam di lokasi-lokasi berikut:

      Tarikh: 3 Februari 2018
      Lokasi: Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru

      Tarikh: 24 Februari 2018
      Lokasi: Stadium Darul Makmur, Kuantan

  • Jangan lepaskan peluang ini, guysFollow Gegaria di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat lanjut.

  • Pastinya, Gegaria adalah satu festival yang rugi kalau anda lepaskan!

Facebook Comments