Kes Fattah Amin Makin Seru, Jihan Dan Fahrin Cetuskan Persoalan

 

Ketika masih ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi Fattah Amin yang secara tiba-tiba menghilangkan diri di set MeleTOP, Hangat.com berjaya perolehi beberapa maklumat dari sumber yang berada di sana.

Bermula Dari Pihak Pengurusan MeleTOP dan Fattah?

Hangat.com difahamkan pada mulanya pihak Fattah bersetuju untuk tampil dalam MeleTOP bersama Fahrin Ahmad dengan bersyarat iaitu dimana tiada pengacara (Neelofa dan Nabil) akan terlibat dalam segmen pembukaan.

Saat Fattah dan Fahrin bersedia untuk ‘On Air’, secara tiba-tiba pihak MeleTOP menukar kembali syarat berkenaan dengan beranggapan ianya adalah sesuatu mustahil. [Hangat.com] Bengang dengan penukaran syarat tersebut, pengurusan Fattah memohon untuk menarik diri dari rancangan berkenaan.

Fahrin Hairan Fattah Menghilang

Dalam sumber lain, Fahrin turut memberitahu beliau juga merasa hairan Fattah secara tiba-tiba menghilang kerana pada asalnya, Fahrin dan Fattah diberitahu oleh pihak produksi untuk muncul pada segmen pembukaan MeleTOP tetapi pihak produksi telah menukar konsep pada saat akhir.

“Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil. Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. [Hangat.com] Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba”

“Kami sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya”

Jihan Sindir Fattah?

Pelawak dan pengacara Jihan Muse pula menerusi akaun Twitternya semalam telah memerli sikap tidak bertanggungjawab seorang “hero” pujaan ramai yang dipercayai ditujukan buat Fattah Amin.

Adakah benar tweet itu ditujukan buat Fattah? Semakin panas nampaknya kes ini dan Fattah mahupun pihak pengurusannya dilihat mengambil jalan untuk berdiam diri.

Sumber: Sumber

Facebook Comments