[VIDEO] Shila Amzah Bengang Bila Disamakan Dengan Neelofa

 

Bergelar selebriti sememangnya tidak boleh lari dengan kritikan peminat, lebih-lebih lagi dengan ‘haters; yang tak pernah rasa jemu untuk mengutuk artis yang tidak disukai. Seperti yang berlaku pada penyanyi yang sudah mencipta nama di China, Shila Amzah.  Nampaknya Shila sentiasa berdepan dengan ‘hater’ yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pencapaian beliau.

Shila yang baru sahaja selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias agak keliru dengan sesetengah ‘haters’ yang membandingkan dirinya dengan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa.Netizen ini meninggalkan kata-kata kritikan di ruangan komen laman Youtube milik Shila.

“Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda” tulis netizen.

Namun Shila sedikit pun tidak melenting dengan kenyataan ini malah dia keliru dengan kenyataan individu ini yang silap fakta dan tidak masuk akal. Shila menafikan dia bersekolah di sekolah yang dinyatakan.

“Inilah salah satu manusia yang saya terpaksa berdepan setiap hari. Fakta dia tunggang terbalik, main sebat jer cakap saya bersekolah di situ. Memang lucu, agaknya dia sakit mental kot?”

Apa-apa pun, perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan buat artis yang mempunyai ramai pengikut. Bilangan ‘Makcik Bawang’ makin bertambah dari hari ke hari. Lepas ni ‘Ustazah Bawang’ pun ada. Bertabah je lah!

 

Sumber: Sumber

Facebook Comments